sesape nak order homemade crisspypoppy???

Erm..buat sesape yang tidak tahu ape itu Crisspypoppy, Crisspypoppy adalah nama saintifik bagi sejenis makanan yang biasanye masyarakat Malaysia gelar sebagai “Popia Goreng Mini” (ke apetah name betul die…tak pasti lak..huhu). Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Crisspypoppy, silalah meng”Google”…nescaya anda tidak akan berjumpa apa2 maklumat….hahaha…..sebenarnye Crisspypoppy, adalah popia goreng yang telah di”jenama”kan semula oleh kakak penulis yek….jenamakan pada nama sahaja dan bukan pada rasa yek…jadi tidak perlu risau…:p

-Inti adalah dibuat sendiri oleh kaum kerabat terdekat. Dipercayai terdapat 2 sumber iaitu daripada Melaka dan Terengganu. Untuk maklumat lebih lanjut sila bertanya kepada kakak penulis atau name glamour beliau sekarang semenjak mencebur bidang business ni “Miss Han”…..haha….tapi kepada jejaka2 di luar, Miss Han adalah “Puan” yek..Miss digunakan hanyalah untuk tujuan promosi….jadi tidaklah perlu untuk “mencuba” nasib anda…. :p

-Disebelah serunding tersebut adalah bahan yang amat penting sekali dalam proses pembuatan Crisspypoppy … Sebagai alat untuk aroma terapi supaya tidak mengalami stress ketika proses menggulung yang amat menguji kesabaran hingga ke tahap maksima……..(ditokok tambah untuk menyedapkan cerita)…:p

-serunding diceduk dengan kadar yang mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh persatuan2 Crisspypoppy sedunia. Ini adalah untuk mengekalkan kualiti Crisspypoppy dan “Miss Han” adalah amat tegas didalam hal ini ketika kami dipaksa menolong beliau menggulung Crisspypoppy …(lagi tokok tambah oleh penulis…haha)

-serunding yang telah disusun bersama-sama dengan tepung pembalut (betul ke, penulis pun tidak pasti apakah nama saintifik bagi tepung pembalut Crisspypoppy .. :p)

Crisspypoppy yang telah siap digulung.

-Seterusnya Crisspypoppy akan disimpan didalam tupperware dan disimpan di dalam peti ais sebelum digoreng. Tujuan kenapa diletakkan didalam peti ais? Sebab takde sape nak goreng lagi…haha… jadi gambar2 Crisspypoppy terhenti setakat ini sahaja yek pembaca2 budiman sekalian. huhu…

Walaubagaimanapun untuk mengetahui dengan lebih lanjut… Silalah ke link2 yang disediakan di bawah yek.. Selamat memcuba membeli… 😀

1. Miss Han’s Blog
2. Pengalaman sebenar Cik Salfiza selaku penggemar dan peminat nombor satu Crisspypoppy

Erm..yang ini still untuk promosi tapi bukan untuk crisspypoppy yek. Kali ini ialah Cuppycakes. Untuk maklumat lanjut silalah kesini.

Sony DPP-FP35

Yang ni aku saje je…nak testing printer aku yang dah lama jadi tukun kat dalam almari aku….ingat nak print gambar dari dalam komputer….tapi sekali kabel tidak disediakan…geram pulak aku dekat sony ni…kabel pun kedekut….haha..Ni printer Sony DPP-FP35…kecil, dan senang la aku rasa nak bawak kemana-mana…..dulu aku beli waktu promosi dulu…waktu aku beli kamera sony cybershot T100 (kalau tak silap la…sebab aku dah tak pakai dah…bagi dekat adik aku hujung tahun lepas…*Kak Cik, if you are reading this please verified it ok??*), dalam hujung tahun 2007 aku rasa….nasib baik boleh print direct  dari kamera…jadi, ini la hasil dia…gambar-gambar aku bila di “print”….direct from camera….

Cuma yang aku geram sebab kertas die bagi 10 keping jek….adoi…mane la cukup…(well, manusia memang macam tu…tak penah cukup…bagi la 100 keping pun..mesti tak cukup gak..bersyukur la yek….nak lebih pegi beli lagi..:p)..

Gambar die agak beza sikit dari ape yang terpapar dekat skrin kamera aku..color putih akan jadi macam grey sikit….tapi ok la….minor je pun dan aku tak berapa kisah sangat…nanti aku kena beli kabel USB (B-type)…nak print gambar direct dari dalam pc (yang dah edited la maksudnye…dan tengok ape hasil die pulak…

Kertas yang kene beli tu pulak SVM-F40P (40 keping size postcard dan 1 cartrige), SVM-F80P(80 keping postcard, 2 cartriges) dan SVM-F120P(120 keping postcard, 3 cartriges)…

Ape-ape pun…kene tunggu gaji masuk dulu…haih…belum masuk gaji dalam kepala dah macam-macam nak beli….tapi apa-apa pun…….kita beli cash…..no more conventional credit cards…..kalau guna credit card pun…guna la ISLAMIC nye yek…..takut2 terjebak dalam RIBA……..
——————————————————————————————————————————————————————-

وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Ertinya : Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya

~dipetik dari http://www.zaharuddin.net/

MEDIC, DENTISTRY and PHARMACY ??

Sesiape yang berminat nak sambung pelajaran dlm bidang medic kat mesir… jgn lepaskan peluang….. Pls refer iklan kat bwh tu yek… Just daftar online jek, kalau ade pape yg tak paham, atau sebarang pertanyaan silalah rujuk kat Fauzana & Dina……kat bwh tu ade ID YM diorang… just add them and feel free to ask them anything regarding bende tu la…….

 

iklan1